Gambar-gambar kursus senamRobik
IPG Kampus Perlis, 18-19 Februari. Kursus Senamrobik yang dijalankan bersasarkan kumpulan PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2011 telah berjaya diadakan pada 18 hingga 19 Februari yang lepas. Kursus tersebut dikendalikan oleh 5 Pelajar Sinior Pendidikan Jasmani dengan Bantuan Pn. Lily Rozita sebagai pensyarah pembibimbing. Kursus ini telah berjaya dengan cemerlang.
Gambar-gambar kursus senamRobik
0 Comments
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPG Kampus Perlis akan bermula pada 20 Februari 2012. Acara-acara saringan akan dimulakan bermula hari Isnin, 20 Februari, jam 2.30 petang. Semua pelajar IPG Kampus Perlis yang berkesempatan diperlukan untuk menghadirkan diri memberi sokongan kepada atlit rumah masing-masing. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya IPG Kampus perlis kini telah menerima sedikit penambahbaikan gimnasium. Penambah baikan tersebut termasuklah penukaran lantai Gimnasium yang sebelum ini mengalami kerosakan kepada lantai baharu. Namun begitu, penggunaan gimnasium kini perlu direkod bagi menjaga harta benda dalam gimnasium.
Tahniah diucapkan kepada pelajar IPG yang berjaya mendapat BRONZE MEDAL
20 Oktober 2011 | Seramai 38 pelajar IPG Kampus Perlis telah menyertai Ujian Kelayakan Menyelamat BRONZE MEDAL. Daripada 38, 12 pelajar telah berjaya dengan jayanya dan berjaya mendapat kelayakan menyelamat air BRONZE MEDAL. Selain itu juga 3 pelajar IPG Kampus perlis juga telah berjaya mendapat kelayakan sijil SWIMMING INSTRUCTOR hasil daripada kejayaan 12 pelajar dibawah pimpinan mereka. Sebagai pensyarah penasihan, En Azman bin Hassan yang juga seorang pensyarah dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perlis melahirkan rasa gembira dan bersyukurnya kerana anak-anak murid beliau telah berjaya. Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapal BRONZE MEDAL, mereka dikategorikan dalam Intermediate dalam Ujian Bronze ini.Bagi mereka, pengalaman ini adalah sangat bermakna. Kepada pelajar-pelajar yang lain, anda amat dialu-alukan untuk mengambil sijil BRONZE MEDAL.
This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.
24 Oktober 2011 | Pada 15 Oktober yang lepas, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Raja Melewar, dan juga IPG Kampus Tun Abdul Razak Samarahan Sarawak telah diberikan gelaran IPG KEBITARAAN SUKAN. Majlis perasmian yang telah diadakan di IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan pada 15-16 Oktober adalah satu tarikh bersejarah bagi ketiga-tiga IPG ini apabila Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah merasmikan majlis yang gilang gemilang tersebut. Sempena dengan pelancaran ini, ketiga-tiga buah IPG ini telah mengadakan beberapa aktiviti seperti Karnival Sukan dan sebagainya di IPG masing-masing dengan melibatkan semua IPG di Malaysia. Beberapa sukan telah dipertandingkan semasa Karnival ini termasuklah Bola Sepak, Tenis, Bola Jaring dan banyak lagi. Semasa ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Muhyidin Yasin, beliau menyatakan bahawa semua pelajar Opsyen Pendidikan Jasmani bagi ketiga-tiga buah IPG ini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 sijil kepegawaian dan pengadilan yang diiktiraf kebangsaan.
Start blogging by creating a new post. You can edit or delete me by clicking under the comments. You can also customize your sidebar by dragging in elements from the top bar.
|
AdminPenulis-penulis berita ini adalah pelajar-pelajar PJ. Jika terdapat sebarang kesalahan ataupun ketidaksempurnaan, mohon maaf. Kronologi beritakategori |